Kebelakangan ni banyak
seruan dari ahli politik dan orang perseorangan kearah merombak kembali subjek
Sejarah yang diajar di sekolah, samada dari segi pengajaran atau pentaksiran,
kerana menurut mereka ni terdapat ancaman dari sebilangan pihak yang buat suka
hati mak bapak diorang je tanpa memahami latar belakang sejarah negara.
Aku tak ambik pot siapa
"sebilangan" pihak yang dimaksudkan tu, siapa yang patut diajar
Sejarah, atau apa jenis sejarah yang patut diajar. Sejarah bukan sesuatu yang
objektif; bak kata Winston Churchill, sejarah ditulis oleh pihak yang menang.
Adolf Hitler pulak berkata, sejarah yang "betul" untuk satu-satu negara
sama harganya dengan 100 ketumbukan tentera. Jadi siapa tahu apa itu sejarah
yang "betul"?
Tapi itu bukan fokus aku.
Apa yang aku nak cakap ialah bagi memupuk minat murid terhadap subjek Sejarah,
diorang sepatutnya diajar sejarah alternatif. Dalam kata lain, diorang
sepatutnya diajar berfikir tentang macam mana kehidupan diorang akan berubah jika
satu-satu peristiwa dalam sejarah Negara (atau dunia) tak berlaku atau berlaku
dengan cara yang lain daripada yang tercatat dalam sejarah. Dan sejarah alternatif
sepatutnya dijadikan bahan untuk peperiksaan Sejarah, daripada kita memaksa
murid muntahkan balik semua fakta-fakta yang diorang dengar tapi tak faham
sepatah haram pun.
Aku bagi contoh PerangDunia Kedua (1939-1945). Pada masa tu Malaya di bawah jajahan Empayar British.
Jerman Nazi berhasil menakluk sebahagian besar benua Eropah dan sedang berperang
dengan Britain. Pada masa yang sama, Jepun berjaya mengawal sebahagian besar
Asia Tenggara, termasuk Malaya.
Soalan peperiksaan:
Andaikan Britain kalah dalam peperangan menentang Jerman Nazi pada 1940. Ceritakan
apa yang bakal berlaku kepada Malaya selepas itu?
Jawapan: Britain berada di
bawah jajahan Jerman Nazi, dan Adolf Hitler kini mempunyai kekuatan tentera
yang cukup untuk mengalahkan Amerika Syarikat. Oleh kerana situasi di Eropah
semakin mendesak, ketumbukan tentera laut AS di Asia terpaksa dialihkan ke Lautan
Atlantik. Ini membolehkan Jepun menguatkan asas pemerintahannya di Malaya dan
kawasan sekitar...
Tak payah cerita pasal
sejarah dunia pun takpe, ambik sejarah Malaysia pun dah cukup. Contohnya,
murid-murid disuruh berfikir apa akan jadi jika Dol Said menang ke atas British
dalam Perang Naning (1834) di Melaka. Atau apa yang akan terjadi jika British
menolak permohonan kemerdekaan yang dibawa oleh Tunku Abdul Rahman ke London
(1956) dan sebaliknya melancarkan perang merebut kembali Malaya seperti
Perancis dan Algeria.
Lebih kurang macam tu lah.
Sudah semestinya, untuk dapat markah yang tinggi, jawapan tu kena logik dan
menurut turutan peristiwa sejarah sebenar. Ini memaksa murid membaca dan
memahami tarikh, nama, tempat, peperangan, perjanjian dan segala macam lagi
lah. Bila diorang mengamalkan apa yang diorang baca, diorang senang nak ingat.
Dulu aku selalu terfikir kenapa aku perlu belajar Sejarah walhal aku takkan
guna segala fakta ni dalam kehidupan aku, aku cuma perlu hafal dan luahkan
dalam peperiksaan, tak payah berfikir pun. Jadi murid-murid harus disuruh
berfikir untuk mereka lebih ingat. Lagipun lebih senang nak menghayati Sejarah
kalau murid-murid sedar yang sejarah lampau sebenarnya mempengaruhi realiti kehidupan
diorang pada masa kini.
Jawapan bagi soalan
peperiksaan macam ni sepatutnya lebih subjektif (tak ada betul atau salah) dan
dinilai hanya berdasarkan logik dan pemahaman murid tentang fakta-fakta sejarah.
Lagipun seperti yang aku sentuh di perenggan kedua, mana ada sejarah yang
"betul". Sejarah tu subjektif sebab ia ditulis oleh pihak yang menang
atau yang berkuasa.
No comments:
Post a Comment