Adapun aku terbaca di surat
khabar tentang rancangan kerajaan nak memajukan sektor pendidikan tinggi di
Malaysia dalam usaha menarik lebih ramai pelajar-pelajar asing datang untuk
meneruskan pengajian di peringkat IPT.
Walaupun prasarana
pendidikan tinggi Malaysia mungkin akan dimajukan sampai bertaraf dunia
sehingga Negara-negara luar (khususnya dari Timur Tengah dan Afrika) sedia nak
menghantar pelajar mereka ke Malaysia, macam mana dengan penerimaan masyarakat
umum berkenaan kehadiran pelajar-pelajar asing ni? Adakah mereka dah sedia nak
bergesel bahu dengan orang-orang Arab dan Afrika tanpa perasaan negatif berbaur
perkauman?
Boleh ke masyarakat
Malaysia menerima kebanjiran pelajar dari Timur Tengah dan Afrika semudah itu?
Mungkin majalah-majalah tabloid (cth: M****ka) dan ruangan pojok surat khabar
akan mensensasikan fenomena ni sebagai satu ancaman. Tengok saja reaksi kita
kepada kebanjiran tenaga buruh asing dari Indonesia, Bangladesh dan Nepal.
Tambahan lagi kita masih dibelenggu oleh mentaliti perkauman yang melihat
tinggi kepada orang berkulit putih dan sebaliknya kepada orang berkulit gelap.
Macam la kita ni berkulit pelangi.
Aku pernah terbaca satu
laporan akhbar Malaysia tentang beberapa pelajar asing dari Afrika yang
dibelasah oleh orang tempatan atas tuduhan mengintai anak dara. Laporan tu tak
pernah ada follow up dan siasatan lanjut tak pernah diadakan, kes tu
hilang begitu saja. Nampaknya tak ada siapa yang menghiraukan nasib
pelajar-pelajar yang dibelasah tu. Kalau kes tu terjadi di Eropah, dah lama ada
siasatan polis dan haru-biru di media tentang layanan buruk terhadap pelajar
asing.
Universiti bertaraf dunia
je tak cukup kalau mentaliti masih bersalut perkauman.
No comments:
Post a Comment