Wednesday, May 17, 2017

Loghatlah, Slang Lain!

Sesekali ku rasa teringin nak membawa perhatian pembaca budiman kepada satu kesalahan yang sering dilakukan oleh orang ramai bila bercakap tentang bahasa (tak kisah la bahasa Melayu ke, Inggeris ke, Swedish ke).

Kalau aku bersama rakan taulan menonton TV dan kebetulan ada filem British bersiaran, aku selalu dengar komen dari rakan taulanku tentang slang pelakon British tu yang pekat gila sampai diorang tak faham apa yang sedang dituturkan beliau. Atau apabila ada watak Negro dalam filem Amerika, selalu jugak ada komen tentang slang beliau yang penuh keNegroan sampai tak faham sang penonton dibuatnya.

Itu loghat (accent), bukan slang.

Slang tu bermaksud apa-apa perkataan atau istilah yang digunakan oleh sekelompok orang dan istilah tersebut tak ada dalam bahasa standard, dan hanya orang-orang dalam kelompok tu je yang faham makna slang tersebut. Contoh slang ialah perkataan “gila” atau “cara”. Kalau korang bagitau nenek korang “kuih ni memang gila cara la nek” padahal nenek korang tidak mempunyai sejarah penyakit mental dan kuih tersebut ialah kuih koci dan bukan kuih cara, nescaya korang tidak akan menerima belaian kasih sayang seorang nenek melainkan pelempang yang jitu adanya. Nenek korang tak faham makna perkataan “cara” dan “gila” yang korang maksudkan, sebab dia bukan tergolong dalam kelompok korang. Itu ialah contoh slang.

Loghat tu lagi besar skopnya dari slang. Ia merangkumi sebutan, nahu, tatabahasa dan sebagainya yang membolehkan orang tahu engkau berasal dari daerah, negeri, negara mana dan engkau tahu dari daerah, negeri, negara mana si polan berasal. Semua orang ada loghat. Jangan nak tipu kata korang tak ada loghat korang cuma dah terbiasa dengan loghat korang sendiri. Kalau korang pergi ke daerah atau negeri yang loghatnya lain dengan korang punya, diorang yang akan cakap korang ada loghat. Contohnya kalau korang cakap Melayu loghat KL pastu pergi Kedah, orang Kedah akan cakap korang ada loghat.

Baiklah. Kita ambik contoh si Jamlus. Jamlus menyebut “pergi” sebagai “poie” dan “engkau” sebagai “ekau”. Dia bertutur dengan nada yang agak tinggi. Dari manakah si Jamlus berasal? (bulatkan jawapan yang tepat)

a. Ranau
b. Rinching
c. Rembau
d. Rawang

Jawapan: C, sebab itu antara ciri-ciri loghat Negeri Sembilan. Itu bukan slang.

Jadi kalau korang tengok TV, dengar pelakon tu bercakap dan tau “oh watak dia ni orang Kelantan” atau “mamat ni cakap British”, hendaklah korang tau apa yang korang dengar tu adalah loghat, bukan slang. Kalau dia cakap guna slang, sepatah haram pun korang takkan faham apa dia cakap. Kalau korang faham, itu bukan slang dah. Juga elakkan penggunaan slang bila bercakap dengan nenek. Anda mampu mengubahnya.


* Sebahagian dari entri lama yang diterbitkan semula. Entri asal bertarikh 2 Julai 2011.

Friday, May 12, 2017

Port Dickson Power Berhad


Click on the image to enlarge.

Thursday, April 20, 2017

Yellow Nissan Skyline R35 GT-R




Click on the image to enlarge.




Thursday, April 13, 2017

Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu



Click on the image to enlarge.

Friday, January 6, 2017

MUKA SURAT BARU


2010

Awal tahun 2010 dulu aku buat sebuah blog dengan nama Dilarang Melarang. Blog tu aku buat secantik yang boleh, simple sahaja, ringan dan sedap mata memandang (ikut selera aku). Menyentuh bab kandungan blog tu pula boleh dikatakan agak mengarut serta merapu yang kadang-kadang aku sendiri pun tak faham apa yang aku tuliskan, apatah lagi mereka-mereka yang membaca, lagilah tak faham!

2011 - 2013

Menjelang tahun 2011, rombakkan besar-besaran telah dilakukan. Kesemua entri terdahulu telah dibuang dan url blog telah diubah. Selain daripada tu tiada apa yang berubah, nama blog masih lagi sama. Menyentuh bab kandungan, boleh dikatakan menarik (syok sendiri) sebab setiap kali aku publish entri baru, pasti ada komen merapu yang ditinggalkan termasuklah spam. Walaupun aku publish gambar yang tidak berseni serta mempunyai kualiti yang rendah, mereka yang singgah pasti akan meninggalkan komen (komen tiada kaitan dengan gambar pun).

Suku ketiga 2013 - 2016

Tahun ni aku dah mula sibuk, daftar masuk universiti (dulu pun sama, boleh je uruskan blog), buat kerja sambilan (boleh cerita pasal ni kemudian), buat itu (apa benda?), buat ini (entahlah), tiada masa dibuatnya. Bila dah takde masa, blog ni aku tinggalkan terus. Kalaulah ada masa, blog ni pasti mendapat pembelaan yang sewajarnya.

2017

Setelah sekian lama menuntut ilmu, akhirnya ada tiga lagi subjek aku kantoi. Kenapalah aku ambil kursus yang susah, kalau ambil seni kulinari dulu tak pun beli je sijil, pasti dah habis sekarang ni! Tapi tulah, nak buat macam mana, itu semua takdir.

Memandagkan subjek pun tak banyak, elok aku hidupkan kembali blog ni. Tapi aku akan mulakannya daripada kosong. Nama blog aku kekalkan seperti biasa, url aku ubah dan kesemua entri aku padam. Untuk blog baru ni, akan ada banyak entri bergambar dan sedikit entri dalam bentuk penulisan. Selain daripada tu aku akan publish semula entri lama yang aku rasa ada nilai-nilai komersial (padahal rasa malas dah nak memerah otak). Mungkin ada pembaca yang belum membacanya lagi! Bagi pembaca yang dah membaca entri lama tersebut, apa salahnya membaca buat kali kedua atau lebih. Ianya pasti menggamit memori anda.

Untuk entri bergambar, gambar tersebut ditangkap menggunakan apa yang aku ada masa tu. Kalau waktu tu ada DSLR kat tangan, aku guna DSLR. Kalau ada GoPro, aku guna GoPro. Kalau ada mirrorless, aku guna mirrorless. Tapi aku jangkakan, kebanyakkannya daripada smartphone, sebab mudah, sentiasa di poket. Tuan-tuan dan puan-puan jangan khuatir, kualiti imej yang dihasilkan smartphone sekarang ni bolehlah diterima, takdelah teruk sangat.

Cukup takat ni jelah, selebihnya aku cerita pada entri akan datang. Jadi, teruskanlah berkunjung ke blog ini untuk santapan rohani anda.

Sekian.