Dulu aku pernah baca satu
buku berbahasa Melayu yang diterjemahkan dari Bahasa Inggeris pasal 'mari
bermain conkers'. Conkers merupakan permainan
tradisional kanak-kanak kat Britain, Ireland dan jajahannya. Eh nak citer
lebih-lebih pasal conkers ni pun malas, kau tengok je la kat sini.
Tapi aku pelik kenapa
penerbit buku tu bersusah payah nak terjemahkan buku pasal permainan yang orang
tak main kat Malaysia (aku assume buku tu diterjemahkan untuk pasaran Malaysia la
sebab dia terjemah ke Bahasa Melayu). Mana ada orang main conkers
kat Malaysia?
Tapi buku tu dijual di kedai-kedai buku terkemuka macam Borders dan MPH sebab
ianya penerbitan dari luar negara, pastu kanak-kanak (dari keluarga kelas
pertengahan) pun beli. Jadi akhirnya adik-adik kita pun lebih tahu pasal conkers
dari
permainan tradisional Melayu.
Ni salah siapa? Nak
salahkan penerbit, dia cuma nak cari duit. Nak salahkan kedai buku, dia cuma
jual apa yang orang terbitkan. Nak salahkan mak bapak, diorang cuma beli apa
yang dah terjual (takkan nak beli benda yang tak dijual pulak ye tak). Jadi in
semua berbalik kepada ketiadaan usaha nak membukukan warisan permainan
tradisional Melayu. Anda fikir ye, kalau omputih boleh tulis buku pasal conkers, kenapa orang Melayu tak
boleh tulis buku pasal konda-kondi? Apa mulianya permainan conkers
tu sampai
orang boleh tulis buku, dan apa hinanya konda-kondi?
Yang pasti, kalau dah tahun
2100 karang, mungkin masih akan ada orang yang reti main conkers
sebab dia
pernah baca buku 'mari bermain conkers'. Tapi kau gerenti ke akan
ada orang yang pandai main konda-kondi atau baling selipar pada tahun 2100,
kalau takde buku 'mari bermain konda-kondi' atau 'mari membaling selipar'?
Aku jugak berpendapat
lagu-lagu yang dinyanyikan dalam permainan tradisional Melayu patut ditulis
supaya tak hilang. Kalau korang pernah main lompat getah (main tali skipping
yang
dibuat dari gelang getah), ada beberapa lagu yang korang nyanyi untuk tiap-tiap
stage permainan
tu. Dulu masa budak-budak aku fasih lagu-lagu macam tu tapi sekarang dah
ingat-ingat lupa.
Lagu tu tak standard, ia berbeza dari negeri ke
negeri dan dari daerah ke daerah. Jadi memang sayang kalau kepelbagaian lagu tu
pupus begitu saja. Lagipun, lagu tu memang sedap dan layan sebab ada rhythm, tapi kalau anda tenung
lirik lagu tu sejenak, banyak gambaran yang anda boleh nampak berkaitan budaya
dan kehidupan masyarakat Melayu dalam lagu tu.
Kalau takde usaha nak
membukukan lagu-lagu ni, tahun 2100 karang memang dijamin lesap la lagu-lagu ni
sebab orang yang pernah main (macam aku) semua dah mati atau dah nyanyuk.
Budak-budak zaman sekarang, yang akan jadi dewasa pada tahun 2100, akan hanya
ingat main PlayStation10 dan XBox, dan kalau untung, conkers
sebab
pernah baca buku 'mari bermain conkers'.
Apa bangganya tahu main
permainan tradisional orang walhal kita ada permainan sendiri?
Mungkin sebenarnya dah ada
pun individu yang telah berusaha merakamkan segala jenis permainan tradisional
ni, jadi untuk individu berkenaan aku ucapkan syabas dan gigih berusaha. Tapi
permainan tradisional ni banyak, bukan setakat konda-kondi dan lompat getah je,
jadi kalau seorang je yang dok bertungkus lumus, tak cukup. Aku bukan la nak
suruh anda jadi penulis buku, tapi kalau anda pernah main permainan tradisional
Melayu, apa salahnya sekali-sekala main dengan anak-anak atau kawan-kawan
supaya ianya tak hilang begitu saja.
No comments:
Post a Comment