Kain pelikat Gajah Duduk
memang
berada dalam kelasnya yang tersendiri. Dengan selamba badak (gajah?) nya ia
berjaya mengungguli takhta selaku kain pelikat terulung di seantero Nusantara.
Kalau sebut kain pelikat Gajah Duduk, imej yang bermain di
pemikiran kita ialah gaya, mutu dan keunggulan.
Apa yang lebih membanggakan
ialah Gajah Duduk berjaya mencapai prestij sedemikian dengan
menggunakan jenama berbahasa Melayu yang betul-betul Melayu (walaupun ia adalah
produk dari Indonesia). Tak payah pakai jenama yang gah tapi tak bermakna
seperti De'Gajah le Duduque, sepertimana banyak barangan tempatan lain
yang kualiti dan penjenamaannya seperti tahi.
Dengan mengambil contoh
daripada Gajah Duduk, aku ingin mengesyorkan beberapa jenama yang
bertemakan haiwan. Jenama yang aku syorkan ini mengikut kriteria berikut: nama
haiwan (e.g. gajah) di depan, kata kerja (e.g. duduk) di belakang, dan
jenamanya tidak ada kena mengena langsung dengan barangan tersebut. Semoga
penggunaan jenama-jenama ini akan dapat memperkuatkan prestij dan gah sesuatu
barangan itu sepertimana kain pelikat Gajah Duduk.
Jenama: Ketam Letih
Barangan sesuai: Tayar
kereta
Jenama: Musang Tersadung
Barangan sesuai: Losyen
pelembap
Jenama: Kutu Kentut
Barangan sesuai: Joran
pancing
Jenama: Lalat Tersedak
Barangan sesuai: Alat tulis
Jenama: Keluang Bersila
Barangan sesuai: Komputer
Bolehkah para pembaca
mencadangkan jenama-jenama lain seperti ini?
No comments:
Post a Comment