Beratus-ratus tahun dahulu di Eropah, kalau sebut je serigala jadian atau troll, mau terkencing dalam seluar. Begitu juga dengan pontianak (vampire) atau ahli sihir. Orang Eropah zaman kuno mempercayai kewujudan makhluk-makhluk ni dengan begitu taksub sekali, dan kisah-kisah berkenaan mereka ceritakan sejak turun-temurun. Masyarakat sangat histeria dengan ancaman makhluk-makhluk ni sehingga terjadi upacara mendedahkan serigala jadian dan ahli sihir yang berakhir dengan pembunuhan besar-besaran.
Zaman sekarang ni semua tu dah hilang. Sekarang serigala jadian dan vampire dijadikan kartun yang comel buat hiburan kanak-kanak, dan troll yang dulunya begitu digeruni oleh masyarakat Skandinavia kuno kini dipaparkan dalam buku-buku fantasi dan permainan seperti Dungeons & Dragons dan Magic:The Gathering. Kostum-kostum berdasarkan makhluk-makhluk ni dipakai dengan gahnya semasa parti kostum dan sambutan Halloween.

Aku tertanya-tanya bilakah
masanya hantu-hantu dan makhluk ghaib alam Melayu bakal menerima nasib yang
sama seperti makhluk jadian Eropah? Adakah seratus, dua ratus atau lima ratus tahun
akan berlalu sebelum kita boleh melepaskan hantu Melayu dari arena ilmu hitam
dan cerita seram pergi kepada komoditi media?
Bilakah kita akan dapat
menerima perkumpulan komedi hantu-hantu Melayu ala-ala The Addams Family? Bilakah agaknya kita akan berjumpa dengan topeng penanggal di
kedai-kedai kostum, sepertimana topeng vampire yang dijual sekarang?
Bilakah agaknya kita akan dapat menerima pocong sebagai watak kartun yang boleh
membuat anak-anak ketawa di pagi Ahad?
Sebab serius aku cakap,
pocong antara hantu Melayu yang aku rasa paling seram sekali, dan kalau ada
kartun pagi Ahad yang dibintangi oleh pocong yang comel, aku akan lari lintang pukang
dari TV tu sebab aku takut nak tengok.
Watak hantu alam Melayu ni
pun boleh dibuat modal untuk animasi kartun, ok apa?
No comments:
Post a Comment