Ini senario yang
aku maksudkan. Mak Andeh mempunyai sebuah blog di mana dia bercerita tentang
kehidupannya. Selalunya Mak Andeh bercerita tentang nasi hangus, kayu api basah,
Pak Pandir kalah laga ayam, dan sebagainya. Tapi bila Mak Andeh melayari internet,
dia terbaca blog orang lain yang mengandungi artikel yang bernas dan
bermanfaat. Kebetulan dia terjumpa blog Si Luncai yang memang terkenal kerana
dia suka tulis artikel-artikel yang bermanfaat dan mendorong kita berfikir.
Lepas tu Mak
Andeh terbaca artikel Si Luncai pasal macam mana nak terapung kat laut dengan
hanya sebiji tembikar labu. Mak Andeh suka artikel tu, jadi dia pun terus je
salin artikel tu bulat-bulat dari blog Si Luncai tanpa bertanyakan izin Si
Luncai terlebih dahulu. Ada sesetengah yang letak link kepada
penulis asal, tapi ada jugak yang salin dan tak sebut langsung nama penulis
atau tajuk blog asal. Artikel dari blog orang lain tu dah jadi macam dia pulak
yang tulis.
Menyalin artikel
blog di internet tak sama dengan memuat turun lagu atau video. Kalau kita muat
turun lagu cetak rompak, orang lain masih tahu itu bukan lagu kita, sebab kita
bukan penyanyi atau pemuzik. Kalau kita muat turun video cetak rompak, orang
lain masih tahu itu bukan video kita, sebab kita bukan pelakon atau pengarah
filem. Tapi kalau kita salin artikel blog orang lain, orang tak tahu samada
artikel tu hasil karya kita atau orang lain. Si penyalin boleh buang segala
maklumat pasal penulis asal dan salin apa yang dia nak je. Justeru, cetak
rompak artikel blog sebenarnya lebih teruk dari cetak rompak lagu atau video
sebab ia betul-betul menepati maksud 'rompak'.
Menyalin artikel
orang lain ialah satu ketidakadilan kepada penulis blog asal yang penat-penat menulis
dan membuat research tentang fakta-fakta berkaitan. Lagipun
pembaca yang datang ke blog seseorang mengharapkan hasil tulisan dari orang
itu. Kalau mereka nak baca tulisan Si Luncai, mereka datang ke blog Si Luncai.
Tapi bila pembaca datang ke blog Mak Andeh dan dihidangkan dengan hasil tulisan
Si Luncai, mereka akan rasa ditipu. Baik tak payah baca blog Mak Andeh, artikel
dia pun ambik dari blog orang lain.
Tapi motif
sebahagian kecil penulis blog ni perlu diperhalusi sebelum apa-apa tuduhan
dilemparkan. Sekadar yang aku nampak, kegiatan blogging di
Malaysia ni masih berada pada tahap peribadi. Penulis blog tempatan jarang
menulis artikel-artikel bermaklumat untuk bacaan umum. Sebahagian besarnya
menulis blog kerana nak meluahkan isi hati. Justeru mereka mungkin fikir 'ah
takde siapa yang baca blog aku, kalau aku salin je pun apa salahnya, bukan
orang tahu'. Atau mungkin mereka tak berniat langsung nak berbuat jahat,
sebaliknya mereka hanya nak berkongsi artikel yang bagus dengan pembaca.
Justeru itu, aku
tak rasa sebahagian kecil penulis blog yang suka salin semberono ni orang yang
jahat. Sebaliknya, aku rasa mereka ni kurang kesedaran mengenai pentingnya menghormati
hasil tulisan dan kajian orang lain. Oleh kerana mereka tak tahu, jadi mereka
tak rasa perbuatan mereka tu salah. Lalu mereka ni perlu diberi makluman. Kalau
dah bagitahu pun masih teruskan jugak, memang sah la jahat. Tapi perbuatan
salah tetap salah, walaupun
motifnya baik.
Jadi macam mana penulis blog nak berkongsi artikel yang bagus dengan pembaca tanpa dituduh menciplak? Ini aku bagi tiga cadangan:
Jadi macam mana penulis blog nak berkongsi artikel yang bagus dengan pembaca tanpa dituduh menciplak? Ini aku bagi tiga cadangan:
- Petik satu dua perenggan dari artikel tu dan letakkan link ke blog asl supaya pembaca boleh membaca keseluruhan artikel.
- Perkenalkan idea utama artikel yang anda nak kongsi tu dan curahkan pendapat anda sendiri mengenai idea yang diketengahkan tu. Akhir sekali letakkan link ke blog asal.
- Ringkaskan artikel asal menggunakan ayat anda sendiri sebanyak 500 patah perkataan. Lepas tu letakkan link ke blog asal.
Aku mengaku, aku pun pernah buat jugak kegiatan menyalin artikel dari blog orang satu ketika dulu. Tapi masa tu aku masih mentah. Sekarang aku dah sedar apa yang aku buat tu salah. Jadi kalau aku boleh capai kesedaran tentang perkara ni, aku rasa orang lain pun boleh.
Jangan terasa hati
pulak mana-mana penulis blog yang membaca artikel ni. Aku tak sasarkan sesiapa,
aku cuma mengetengahkan satu idea baru.
No comments:
Post a Comment