Click on the image to enlarge.
Friday, May 12, 2017
Thursday, April 20, 2017
Thursday, April 13, 2017
Friday, November 18, 2011
Senjata Abad Ke-21 Dalam Perang Dunia Kedua
Aku baru je abis baca
satu novel sejarah alternatif ni yang bertajuk Axis of Time karya
John Birmingham. Ia merupakan sebuah trilogi yang mengisahkan sebuah
armada tentera laut dari tahun 2021 yang tercampak ke tahun 1942 disebabkan
satu eksperimen sains yang gagal.
Cerita Axis of Time ni
bermula pada tahun 2021 di mana kerajaan Indonesia dah digulingkan oleh
pengganas Islamis yang menggelarkan diri mereka Khalifah, dan kesannya ramai
minoriti Cina Indonesia dibunuh dan rumah-rumah ibadah bukan Islam dibakar.
Amerika Syarikat, yang masih lagi bergiat dalam perang menentang keganasan (War on Terror)
setelah bertahun-tahun, menghantar satu armada kapal perang ke Indonesia.
Armada tu turut disertai oleh beberapa kapal perang dari Britain, Perancis,
Indonesia, Jepun, beserta satu kapal awam yang dikemudi oleh saintis.
Saintis-saintis ni tengah membuat eksperimen teleportasi yang akan membolehkan
senjata nuklear dihantar ke mana-mana saja dengan mudah tanpa peluru berpandu antarabenua
(ICBM). Tengok-tengok eksperimen gagal, dan seluruh armada tu tercampak ke
tahun 1942 semasa Perang Midway.
Walaupun majoriti
kapal perang dalam armada tu tercampak ke satu tempat je, ada gak yang
tercampak ke tempat lain. Kapal perang Indonesia tu ditemui oleh tentera laut
Jepun, dan kapal perang Perancis ditemui oleh pihak Jerman Nazi. Maka teknologi
abad ke-21 macam helikopter, internet, komputer dan roket terus memainkan
peranan penting dalam Perang Dunia Kedua yang dah berubah ni. Pada masa yang
sama, pemimpin Negara-negara yang tengah berperang ni tahu tentang apa yang
akan terjadi berdasarkan rekod dalam sistem komputer armada tersebut, jadi mereka
berusaha untuk mengelak dari membuat kesilapan yang termaktub dalam buku
sejarah. Contohnya, setelah tahu yang dia akan kalah di Stalingrad, Hitler
tarik balik tentera dia dari sempadan Kesatuan Soviet dan fokus kepada
peperangan di Perancis dan usaha menakluk Britain.
Aku malas ah nak
cerita semua, tapi akibat kehadiran armada dari masa depan ni, program senjata
nuklear dipercepatkan dan kesannya, tiga bom nuklear diletupkan berbanding dua
pada WW2 yang sebenar. Kesatuan Soviet mengebom Poland dengan bom nuklear,
manakala Amerika Syarikat mengebom Berlin. Sebagai tindakbalas, Kesatuan Soviet
memusnahkan Tokyo dengan bom nuklear. Akhir Perang Dunia Kedua dalam cerita ni menyaksikan
Kesatuan Soviet menguasai timur Eropah, India, China, Jepun dan Asia Tenggara;
dan Amerika Syarikat dan Britain menguasai Eropah Barat.
Aku rasa novel ni
menarik gila dan tak sia-sia pengorbanan aku tidur pukul 12 pagi sebab baca
buku ni. Di samping fokus kepada perubahan dari segi ketenteraan yang dibawa
oleh armada abad ke-21 ni, Birmingham juga fokus pada aspek pertembungan budaya
dan ilmu antara tahun 1940an dan 2020an. Contohnya, Elvis Presley yang pada
masa WW2 hanya berusia 7 tahun, terus disambar syarikat rakaman sebab nak
mendapatkan hakcipta ke atas lagu-lagu dia yang dah jadi evergreen pada
tahun 2021 (lagu-lagu Elvis tu terdapat dalam sistem komputer armada dari masa
depan). Tapi kadang-kadang penerangan sistem persenjataan moden dalam novel tu
agak meleret-leret dan poyo. Mungkin kalau anda peminat Tom Clancy, anda boleh
faham kot. Lagi satu, watak-watak yang berdasarkan personaliti sejarah sebenar
macam Hitler, Stalin, dan Roosevelt tak dikembangkan dengan secukupnya, macam
semata-mata nak menjadikan novel ni betul-betul sejarah alternatif. Tapi
watak-watak fiksyen macam Laksamana Philip Kolhammer dihurai dengan mendalam,
jadi ada timbal balik di situ.
Hari tu aku ada jumpa
buku ni kat kedai buku terpakai, jadi rajin-rajinlah bertandang ke kedai-kedai macam
tu, pastu kalau jumpa buku Axis of Time karya John Birmingham
dan anda peminat genre sejarah alternatif, cepat-cepat la
beli. Jangan tau beli CD blue je.
Salam
Botak
Friday, October 21, 2011
It's All In The Mind
Lately I've been
experiencing dreams where I seemingly woke up from sleep, got up from bed and
did my morning prayers before I suddenly realized 'oh fuck, I'm still in a
dream' and woke up again to find that I'm still in bed.
The farthest I've
been in this 'dreamwithinadream' is when I've prepared my breakfast and was
just sitting down to eat them before I realized that it was only a dream. True
enough, I woke up to find myself in bed with no breakfast.
Fuck.
Shit is annoying at
first, but soon it got creepy. It shows that you aren't actually 100% in
control of your body; even though you think you're living your life, it may be
that you're actually just living a dreamlike existence all those while, and
what you'll find when you really wake up is not going
to be very pleasant.
Case in point, I was
rudely shook by the fact that I haven't prepared breakfast when I've been
dreaming of sitting down to eat a delicious meal. Imagine if I continued
dreaming past breakfast and actually proceed through my daily activities, all
the while dreaming of it all. I might've gone on to sleep the whole day, and
what a rude shock that would be if I managed to wake up at all.
Assuming I can wake up and not succumb to the dreamlike existence I've lived
for the last 24 hours.
It's not unlike the
movie The Matrix, where intelligent computers have enslaved human beings by
putting their minds in a simulated reality (similar to a prolonged dream) so
that they think they're living their daily life: walking, talking and eating;
when in reality, they're curled up in a fetal position, submerged in amniotic
fluid with wires connected to their brains, their minds constantly fed with
streams of information to simulate the 'real world'.
I believe that given
an optimum sleeping condition, a person having this kind of dream can go on
sleeping for weeks, convinced that he is living his 'real' life. Perhaps it
will actually delay aging (similar to cold sleep) or whatever, but I don't want
to know what happens when that person wakes up after living his 'life' for so
long. Madness might only be the beginning.
Maybe this blog post
hasn't really happened, and I'm actually still in bed and dreaming about it.
It's all in the mind
Botak
Monday, September 5, 2011
Obses Makanan Kesihatan?
Pengamatan aku mendedahkan
sebahagian besar rakyat Malaysia, terutamanya yang berbangsa Melayu (tapi bangsa
lain pun ada jugak), begitu obses dengan makanan kesihatan. Macam-macam pil,
kapsul, kopi, teh, minyak, air, serbuk, dan serdak dijual dalam pek beraneka
rupa dan warna untuk menjanjikan penyembuhan dari segala macam penyakit serta meningkatkan
kualiti hidup.
Nak salahkan penjual
makanan kesihatan 100 peratus pun tak boleh, sebab diorang hanya memenuhi
permintaan pengguna, selari dengan konsep pasaran bebas yang diamalkan dalam
sistem ekonomi di Malaysia. Kalau takde permintaan dari pengguna, takdelah penjualan.
Tapi kebanjiran makanan kesihatan di pasaran tempatan ni memang satu fenomena
yang aku rasa wajar diberi sedikit perhatian.
Pada satu segi, aku memang
menyokong pengeluaran makanan kesihatan ni sebab ia menandakan budaya keusahawanan
di kalangan rakyat Malaysia sedang subur dan berkembang. Banyak usahawan,
banyaklah cukai, dan natijahnya banyaklah hasil ekonomi negara. So bolehlah
Malaysia muncul sebagai negara maju berpendapatan tinggi dengan lebih cepat.
Kemunculan usahawan makanan
kesihatan berbangsa Melayu dapat meningkatkan taraf ekonomi bangsa tersebut,
sepertimana yang disasarkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). Lagipun berniaga
makanan kesihatan ni halalan tayyiban, asalkan makanan kesihatan tu tak
mengandungi bahan-bahan yang memudaratkan atau takde penipuan yang berlaku
dalam urusniaga.
Pada segi yang lain, obsesi
terhadap makanan kesihatan ni semacam mengisyaratkan bahawa sebahagian besar rakyat
Malaysia hanya bergantung kepada makanan kesihatan untuk menjaga kesihatan
diorang. Contohnya, kalau nak mengelakkan kencing manis atau darah tinggi, kena
makan pil cap ayam atau minyak cap kuda. Kenapa terlalu fokus kepada makanan
tambahan untuk mengelakkan penyakit? Kenapa tak fokus kepada amalan pemakanan sihat
atau senaman untuk membasmi penyakit-penyakit dari puncanya?
Bagi aku, makanan kesihatan
tu bukan satu batu geliga yang mampu menyembuhkan penyakit dengan kuasanya sendiri.
Kalau ada pun kesannya, hanya sedikit, kerana yang memberi kesan paling besar
ke arah mengelakkan penyakit ialah amalan kesihatan kita sendiri. Kalau dok
melantak pil atau minum kopi hikmat bertahun-tahun tapi makan makanan tak
seimbang serta tak bersenam, tak guna jugak.
Apa pendapat anda?
P/s: Artikel sempena
ulangtahun kemerdekaan Malaysia 31 Ogos 1957 dan penubuhan Malaysia 16
September 1963.
Wednesday, August 31, 2011
Adakah Malaysia Maju Jika Dijajah British
Sempena ulangtahun ke-54 kemerdekaan
Malaysia dari penjajahan British, aku nak buat spekulasi sikit tentang apa yang
akan terjadi jika Malaysia tak berjaya merdeka dari British.
Pertama sekali aku
tertanya-tanya jika Perang Dunia Kedua tak berlaku dan British kekal menguasai
Malaysia sehingga abad ke-21, adakah perkara-perkara ini akan berlaku?
- Malaysia akan dihuni oleh pemukim-pemukim kulit putih seperti yang berlaku di Amerika Syarikat (pra-1776), Kanada, Afrika Selatan, Australia dan New Zealand.
- Malaysia akan mencapai tahap kemajuan ekonomi yang setaraf dengan negara-negara tersebut.
Tujuan aku bertanyakan
soalan-soalan tu ialah kerana Negara-negara tersebut (kecuali Amerika Syarikat)
mempunyai sejarah kolonialisme yang hampir serupa dengan Malaysia; mereka semua
telah dijajah oleh British selama 200 tahun, lebih kurang. Jadi kalau mengikut
peredaran sejarah, Malaysia juga patut mengalami keadaan sosiopolitik yang sama
dengan negara-negara tersebut jika ia kekal dijajah British sehingga abad ke-21.
Tapi jawapan peribadi aku
untuk kedua-dua soalan itu ialah:
- Tidak
- Mungkin
Sebab kenapa aku menjawab
'Tidak' untuk soalan pertama ialah kerana pemukim-pemukim kulit putih dari Eropah
takkan menganggap Malaysia sebagai destinasi hidup yang bagus seperti Australia
dan New Zealand. Iklim dan persekitarannya terlalu berlainan dengan apa yang
mereka dah terbiasa di Eropah. Walaupun geologi, flora dan fauna di Afrika
Selatan, Australia dan New Zealand begitu asing berbanding di Eropah, paling
tidak mereka mengalami iklim empat musim yang juga dialami di Eropah; berlainan
dengan Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.
Mungkin sekarang ramai
pelancong asing dari Eropah datang ke Malaysia kerana mereka menganggap iklimnya
selesa dan eksotik, tapi jika anda seorang pemukim dari Eropah 200 tahun dahulu
yang menyeberang laut untuk memulakan hidup baru di tanah jajahan negara anda,
anda takkan menganggap iklim dan persekitaran Malaya sebagai sesuatu yang
selesa dan eksotik. Semestinya anda akan menderita begitu teruk dalam proses menyesuaikan
diri dengan persekitaran baru semasa berusaha untuk mencari sesuap roti (sebab
orang putih tak makan nasi).
Mungkin jika British kekal
menguasai Malaya, akan ada juga pemukim kulit putih yang datang, tetapi mereka
ni akan terdiri dari pegawai kerajaan British, anggota tentera, pedagang yang
sekadar singgah, atau mungkin pencari emas. Pendek kata, orang-orang kulit putih
yang bermukim di Malaya ni samada kerana dipertanggungjawabkan untuk tinggal atau
kerana mempunyai daya tahan yang tinggi. Takkan ada pemukim kulit putih di
zaman dahulu yang sukarela hendak tinggal dan
memulakan keluarga di satu negara yang begitu berlainan sekali iklim dan
persekitarannya dari Eropah. Silap-silap mati sebab iklim terlalu panas atau
kebulur tak makan.
Untuk jawapan kepada soalan
kedua, aku menjawab 'Mungkin' sebab Malaya mempunyai potensi untuk menjadi kawasan
yang sangat maju dari segi perdagangan. Selat Melaka merupakan laluan kapal
dagang yang paling sibuk di dunia, dan pulau Singapura ialah tapak pelabuhan
yang sungguh strategik. Jadi jika British kekal menguasai Malaya dan Singapura,
ia dapat menguasai perdagangan laut antara Eropah dan Asia. Ini berpotensi
menjana kemajuan untuk Malaya. Kalau difikirkan, New Zealand yang terletak nun
jauh di hujung Lautan Pasifik (tempat jin bertendang) pun boleh mencapai tahap
kemajuan negara dunia pertama; inikan pulak Malaya dan Singapura yang terletak
di tengah-tengah laluan dagang antara benua.
Tetapi harus diingat,
kemajuan yang mungkin dicapai tu untuk siapa? Seperti yang aku ulas tadi, besar
kemungkinan tiada populasi pemukim kulit putih yang besar di Malaya untuk membolehkan
ia digelar sebagai British Dominion seperti mana Kanada,
Australia dan New Zealand. Malaya hanya akan kekal sebagai BritishColony yang
hanya berguna buat British mengaut hasil bumi dan dihantar ke Britain dan dominion-dominion
lain.
Masyarakat di Malaya besar kemungkinan takkan dapat menikmati hasil kemajuan
negeri mereka sendiri kerana semuanya telah diangkut balik ke Eropah oleh
British. Jadi mungkin Malaya boleh mencapai kemajuan di bawah pemerintahan British,
tapi ke mana hasil kemajuan tu digunakan ialah satu persoalan lain.
Justeru itu, aku
menyimpulkan bahawa kalau Malaysia kekal dijajah British sehingga sekarang,
Malaya boleh maju tetapi bukanlah masyarakat Malaysia yang menerima faedahnya.
P/s: Artikel sempena
ulangtahun kemerdekaan Malaysia 31 Ogos 1957 dan penubuhan Malaysia 16
September 1963.
Saturday, August 27, 2011
Nak Pinjam Perkataan Boleh?
Berlainan dengan penutur
Bahasa Inggeris (BI) yang bersikap liberal terhadap peminjaman perkataan dari
bahasa asing, penutur Bahasa Melayu (BM) secara amnya susah nak menerima perkataan
pinjaman dari sesetengah bahasa lain.
Sebagai contoh, kita ambik
ayat ni: "extreme political activities are verboten". Verboten
ni berasal
dari bahasa Jerman yang bermaksud 'dilarang'. Secara umumnya, penutur BI takde
masalah nak menggunakan perkataan verboten di samping forbidden
atau dua
belas sinonimnya*, walaupun perkataan verboten tu dicedok bulat-bulat dari
bahasa Jerman.
*menurut Thesaurus.com
Tapi kalau kita ambik
contoh ayat BM ni: "hiburan tanpa limitasi", penutur BM secara amnya
akan memandang serong terhadap perkataan limitasi (dimelayukan dari
perkataan BI limitation bermaksud 'had'). Mereka akan berkata 'takde
perkataan lain ke boleh guna selain limitasi? Cakap hiburan
tanpa had pun
boleh'. Seboleh-bolehnya, penutur-penutur BM akan menekankan pencarian
istilah bahasa Melayu untuk menggantikan perkataan pinjaman dari bahasa asing
terutamanya BI, dan memandang serong terhadap penterjemah dan penulis yang
wewenang memelayukan perkataan BI dalam hasil kerja mereka.
Tapi sikap curiga ni
selalunya hanya dizahirkan kepada perkataan yang dipinjam dari BI. Majoriti
penutur BM takde masalah dengan perkataan yang dipinjam dari bahasa Sanskrit
dan Arab. Mungkin kerana BM mempunyai pertalian yang erat dengan kedua-dua bahasa
tu; Sanskrit dituturkan sejak beribu-ribu tahun dulu di Nusantara, dan Arab
dibawa oleh pedagang Timur Tengah ke Tanah Melayu sejak 600 tahun dulu. Sebagai
perbandingan, BI hanya dituturkan di Tanah Melayu sejak 200 tahun dulu, lebih
kurang.
Tapi dalam zaman BI menjadi
lingua franca dunia sekarang, tak dapat tidak sedikit pengaruh BI tu meresap jugak ke
dalam BM, lebih-lebih lagi dalam bidang teknologi maklumat. Penutur BM secara
kasarnya lebih suka menggunakan mouse daripada tetikus. Jadi adakah sikap curiga
BM terhadap perkataan pinjaman ni sudah tak relevan sekarang? Adakah penutur BM
perlu bersikap lebih liberal terhadap peminjaman perkataan dari bahasa asing?
Adakah mouse perlu dipinjam ke dalam BM
untuk menjadi maus?
Satu benda yang kerapkali menarik perhatian
aku ialah penggunaan so (penanda wacana dari BI bermaksud 'jadi') dalam
pertuturan harian penutur BM. Contohnya macam ni: so
kita akan buat pemantauan dalam tempoh terdekat. Satu lagi contoh ialah so
kita nak buat pe malam ni?
Aku berani cakap bahawa
99.99% penutur BM sekarang menggunakan so dalam percakapan mereka.
Tak kisahlah ahli politik ke, budak kecik ke, ahli bahasa ke. Walaupun si
polan ni bercakap BM piawai, aku jamin akan ada so dalam percakapan dia. Jadi
aku rasa wajar so tu kita pinjam je ke dalam BM di samping jadi. Kita tak menggantikan jadi tapi kita cuma tambah so untuk membawa makna yang
sama. Bagi aku, tak masuk akal kalau so kekal dipandang sebagai perkataan
asing jika ia dah acap kali digunakan oleh hampir semua penutur BM.
Adakah cadangan aku tu
bertentangan dengan sikap penutur BM terhadap perkataan pinjaman?
P/s: Artikel sempena
ulangtahun kemerdekaan Malaysia 31 Ogos 1957 dan penubuhan Malaysia 16
September 1963.
Saturday, August 20, 2011
Kesalahan Putih, Keegoan Coklat
Terdapat sesetengah orang
Melayu yang tak boleh menerima iklan di TV yang menggunakan bahasa Tamil, Cina
dan sesekali Inggeris di samping bahasa Melayu. Ada jugak yang tak betah dengan
iklan yang memaparkan kaum Cina dan India di samping Melayu. Ditambah pulak
dengan sesetengah pihak yang membantah penyertaan tarian Cina dan India dalam
persembahan zapin. Aku tau semua ni sebab orang-orang ni sendiri yang
menyuarakan pendapat mereka dalam akhbar.
Aku malas nak komen lebih-lebih,
sebab isu hubungan kaum di Malaysia ni sama dengan isu Israel-Palestin. Sampai
bila-bila pun takkan selesai. Cuma aku nak bercerita sikit tentang cara masyarakat
kulit putih yang menjadi majoriti di banyak negara, sepertimana orang Melayu menjadi
majoriti di Malaysia, menghadapi kepelbagaian budaya.
Wujud sebuah konsep dalam
sosiologi yang digelar white guilt, iaitu rasa bersalah yang dialami oleh orang kulit
putih, natijah penjajahan dan penindasan yang dilakukan oleh nenek moyang
mereka terhadap bangsa bukan kulit putih selama berates-ratus tahun. Seperti
yang kita tahu, orang kulit putih dari Eropah telah menjajah semua benua di
planet Bumi ni kecuali Antartika.
Sebagai contoh, orang
Portugis menjajah Melaka, orang Perancis menjajah Algeria, orang Belanda
menjajah Indonesia, orang Jerman menjajah Namibia, orang Itali menjajah Habsyah,
orang Sepanyol menjajah Mexico, dan orang British menjajah Australia, New Zealand,
India dan Amerika Syarikat. Sepanjang zaman kolonial, berjuta-juta orang bukan
kulit putih di jajahan-jajahan ini dibunuh dan ditindas oleh orang kulit putih.
Selepas runtuhnya
empayar-empayar Eropah pada pertengahan abad ke-20, timbul kesedaran dalam
sebilangan waris kulit putih ni tentang betapa teruknya penindasan yang
dilakukan oleh nenek moyang mereka terhadap bangsa terjajah (yang kebanyakannya
bukan berkulit putih). Hasil daripada kesedaran tu, orang kulit putih hari ni
sebahagian besarnya cukup terbuka dengan kepelbagaian budaya orang lain kerana
mereka tak mahu dicap sebagai mengulangi mentaliti nenek moyang penjajah mereka
yang menindas bangsa bukan kulit putih.
Dalam cara tersendiri,
penerimaan orang kulit putih terhadap budaya asing ialah satu cara mereka ingin
memohon maaf atas kezaliman nenek moyang mereka sewaktu era penjajahan.
Contohnya di New Zealand, masyarakat kulit putih sama-sama meraikan Tahun Baru
Cina dan Deepavali bersama komuniti Cina dan India. Jadi kita dapat tengok kat
sini bahawa orang kulit putih bersifat liberal dengan kepelbagaian budaya kerana
mereka dibayangi oleh rasa bersalah akibat penindasan yang dilakukan oleh nenek
moyang mereka.
Tapi orang Melayu tak
menjajah siapa-siapa, jadi mereka takde rasa bersalah terhadap mana-mana kaum
bukan Melayu. Lalu orang-orang macam ni tak nampak kenapa mereka kena bersifat
terbuka terhadap kepelbagaian budaya. Mereka tak dibayangi oleh perasaan bersalah
dan takde siapa mereka nak minta maaf. Bahkan ada sesetengah orang Melayu yang
merasakan diri mereka sendiri yang tertindas akibat terpaksa berkongsi Tanah
Melayu dengan kaum Cina dan India sebagai syarat mencapai kemerdekaan.
Aku percaya itulah salah satu
sebab kenapa ada orang-orang Melayu yang tak selesa dengan paparan berbilang bangsa
dan bahasa dalam iklan dan penyertaan tarian Cina dan India dalam persembahan
seni Melayu. Apa pendapat anda?
P/s: Artikel sempena
ulangtahun kemerdekaan Malaysia 31 Ogos 1957 dan penubuhan Malaysia 16
September 1963.
Friday, August 13, 2010
Jangan Jadi Jahlul
Terlebih dahulu aku
mengucapkan selamat berpuasa kepada pembaca yang beragama Islam. Diharap pada
bulan Ramadan ini pahala anda bertambah-tambah, rezeki anda mencurah-curah dan
air tebu dalam jag di meja makan anda melimpah ruah.
Antara perkara yang diberi
keutamaan bila menjelangnya bulan puasa ialah menjaga mulut dari mengumpat dan
mengata perihal orang lain. Kurang pahala puasa, kata ustazah aku. Secara
amnya, apa-apa pertuturan kita yang mungkin menyinggung perasaan orang lain haruslah
dikurangkan sepanjang Ramadan ini.
Tapi tahukah anda bahawa
anda mampu menyinggung perasaan orang lain dengan pertuturan anda walaupun anda
tak berniat langsung nak mengumpat atau mengata? Perkataan baru yang aku cipta
bagi fenomena ini ialah 'jahlul'. Aku suka hati je cipta perkataan sendiri sebab
aku tak tahu ada ke perkataan yang mampu menggambarkan fenomena ni dengan
seadanya.
Jahlul bermaksud bercakap
tanpa ilmu. Ia terdiri dari gabungan perkataan 'jahil' dan 'bahlul'. Jahil
bermaksud bodoh atau tak berilmu, dan bahlul bermaksud cakap lepas atau semberono
(ini makna yang aku beri sendiri). Secara amnya, orang yang bersifat jahlul
suka meluahkan sesuatu tanpa ada ilmu tentang perkara yang diperkatakan itu.
Juga, selalunya orang yang jahlul suka bercakap tanpa berfikir dulu tentang
kesannya terhadap orang lain.
Sebagai contoh, Si Luncai
yang mengkritik rakan beliau, Pak Pandir, kerana tidak mahu menyertai acara
berbuka puasa di restoran adalah seorang jahlul. Si Luncai tidak tahu apa
sebabnya Pak Pandir enggan menyertai mereka: mungkin kerana dia ingin
menghabiskan masa dengan keluarga, mungkin kerana dia ingin berjimat cermat
atau mungkin masakan isterinya lebih sedap dari hidangan di restoran. Walaupun Si
Luncai tidak tahu, dia terus mengeluarkan kritikan tersebut. Itu boleh
dikategorikan sebagai jahlul. Walaupun Si Luncai tidak berniat langsung hendak
melukakan hati Pak Pandir, hati Pak Pandir telahpun terluka dek kejahlulan
beliau. Jika pun Pak Pandir tidak mendengar kritikan tersebut, orang lain yang
tahu mengapa Pak Pandir bertindak sedemikian akan merasa tidak selesa juga.
Maka sia-sialah Si Luncai
menahan diri dari mengata dan mengumpat sepanjang hari kerana kejahlulan beliau
telah dibalas dengan dosa kering serentak dengan tersinggungnya perasaan Pak Pandir
dan orang-orang di sekeliling yang mendengar.
Bagaimana anda boleh
mengelak dari terjerumus ke lembah kejahlulan? Anda seharusnya ambil tahu
tentang banyak benda: mengapa Pak Pandir tak mahu berbuka bersama-sama,
mengapa penganut Hindu tak boleh makan daging lembu, dan sebagainya. Kalau anda dah tahu, baru anda boleh
buka mulut. Kalau tak tahu, jangan buka mulut; lebih baik diam dan perhati.
Sebelum anda membuka mulut, peruntukkan sesaat dua untuk berfikir tentang kesan
pertuturan anda terhadap orang lain. Mungkin anda fikir anda tahu kenapa Pak Pandir
tak mahu berbuka bersama-sama, tapi anda mungkin silap di situ. Jadi fikir
dahulu sebelum bercakap, tak usah terburu-buru. Dua saat boleh menentukan
samada anda seorang jahlul yang bakal menerima hamper dosa kering ataupun
tidak.
Jika anda bukan seorang
jahlul tapi tidak sengaja telah melakukan kejahlulan, minta maaf dengan ikhlas
kepada mangsa kejahlulan anda. Jika anda seorang jahlul sejak azali lagi, maka
selamat menerima dosa kering. Tak dapek den nak nolong.
Selamat berpuasa dan jangan
jadi jahlul!
Terima kasih kerana membaca
Botak
Monday, July 26, 2010
Easy Way To Reduce Smoking
There have been plenty of
antismoking campaigns conducted over the years but little, if any, effects can
be seen. Smoking is still popular. Fortunately I've found out an easy way to
reduce smoking on a national, nay, global level.
Here's the lowdown:
Cigarettes contains
chemicals, plenty of which are poisonous to the human body. In fact, there are
599 additives in a cigarette which you can read the full list here. Upon
burning, cigarettes create more than 4000 chemical compounds. In short,
cigarettes are poisonous, and everybody knows that (even the smokers).
My proposal thus is simple.
The government should order cigarette manufacturers, on pain of imprisonment,
to create a batch of special cigarette, identical in appearance and taste,
except that this special batch contain a fast-acting and highly lethal poison,
such as dimethylmercury or ricin. Anyone unfortunate enough to smoke this
special cigarette will instantly die of poisoning.
These poisonous cigarettes
would then be randomly inserted into packets of normal cigarettes, which
are then distributed across the country. The packets containing the poisonous
cigarettes shall not be marked in any way to indicate its 'special'
content. In other words, it should look like a normal packet. Remember also
that the poisonous cigarette will look identical to its normal counterpart,
so there's nothing to give the secret away. Thus the average smoker, upon
opening a packet of cigarettes, should not be able to tell which cigarette
in the pack is the poisonous ones.
I postulate cigarette
consumption to drop drastically after this strategy is introduced, as smokers
wouldn't want to gamble their life by smoking a poisonous cigarette by
accident. This should prove to be a huge incentive towards quitting smoking,
and hopefully it would deter the newbie smokers as well.
The way I see it,
cigarettes already contain poisons, albeit slow-acting ones. Therefore
I see no harm in putting fast-acting poisons for a change. At the very least,
it would lend the act of smoking a little bit of risk and adventure, as the
reckless smoker pulls a cigarette out of the packet, not knowing if this is the one that would end
his life. It's a lot like Russian roulette, only with cigarettes.
Some variations on this
poisonous cigarette strategy are radioactive cigarettes and exploding cigarettes.
Instead of fast-acting poison, the special batch could be exposed to
radioactivity, which would inflict the hapless smoker with radiation poisoning.
Or special cigarettes could be formulated to explode upon ignition. Its
effectiveness can be spectacularly improved by having the cigarette explode a
few seconds after being burned, so that it would explode while being
inhaled.
I will forward this idea to
the appropriate authorities.
Thanks for reading
Botak
P/s: I'm just playing, smokers;
you know I love you.
Friday, July 9, 2010
Apa Itu Wawasan 2020?
Aku rasa aku pernah dengar
satu siaran berita kat Radio 1 RTM tentang hasrat kerajaan nak melahirkan
seorang penerima Hadiah Nobel menjelang 2020. Berita tu menerangkan lagi yang
rancangan tu merupakan sebahagian dari rangka kerja Wawasan 2020 ilham bekas
Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad, di samping menjadikan
Malaysia negara maju menjelang tahun 2020. Antara rancangan Tun Mahathir selain
Hadiah Nobel tu ialah Malaysia bakal jadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020 dan hantar
angkasawan ke angkasa lepas menggunakan roket buatan Malaysia. Mungkin ada lagi
rancangan Tun yang gempak gila tapi aku dah tak ingat kalau ada pun.
Dulu aku sekolah rendah kat
Johor, jadi tiap-tiap hari Isnin masa perhimpunan kitorang nyanyi lagu Negeri
Johor, Negaraku dan lagu Wawasan 2020. Aku nyanyi lagu Wawasan 2020 tu selama 6
tahun berturut-turut. Tapi sepatah haram pun aku tak tau apa bendanya Wawasan
2020 yang aku dok nyanyi tu. Kalau orang tanya aku “apa
dia Wawasan 2020?”, aku jawab “lagu patriotic”. Sudah tentulah itu jawapan yang kencang
sekali kebodohannya.
Bila dah masuk kolej, aku
baru tahu tentang istilah negara maju dan negara membangun. Amerika dan Jepun
negara maju, tapi Malaysia Negara membangun (klik sini kalau nak tau yang mana negara maju dan yang mana negara membangun). Jadi Wawasan 2020 tu merupakan rancangan
untuk menaikkan taraf Malaysia menjadi negara maju macam Amerika dan Jepun menjelang
tahun 2020. Tapi apa yang terkandung dalam Wawasan 2020 tu untuk membolehkan
Malaysia jadi negara maju? Walaupun aku dah faham apa matlamat Wawasan 2020 tu,
aku tak tahu macam mana ia nak dipraktikkan. Yang aku tahu, prinsip-prinsip Wawasan
2020 tu ada dicetak kat belakang buku latihan sekolah, tapi sepatah haram pun
aku tak faham apa maksud ayat-ayat tu. Dan aku rasa ramai jugak rakyat Malaysia
yang berkongsi kekeliruan aku mengenai Wawasan 2020 ni. Jadi kalau tak faham,
buat apa nak ambik tahu, ye tak? Banyak lagi benda lain yang perlu diambil
tahu.
Sekarang aku rasa ketidak fahaman
dan ketidak ambil tahuan tentang prinsip dan praktik Wawasan 2020 ni masih
berleluasa di kalangan rakyat Malaysia. Ini tak boleh jadi sebab kita hanya
tinggal 10 tahun lagi menjelang 2020, dan Wawasan 2020 ni dah pun diwar-warkan oleh
Tun Dr. Mahathir di seluruh dunia, jadi kalau tiba 1 Januari 2020 tapi masih
ada golongan miskin tegar (hardcore poor) yang tak mampu beli beras dan pergi
sekolah, tak ke malu diketawakan dek orang-orang asing? Macam Mat Jenin, belum
sampai ke pucuk dah berangan jadi raja. Tapi adakah salah masyarakat marhaen Malaysia
kalau mereka tak faham dan tak nak ambil tahu tentang Wawasan 2020, kalau
pendedahan yang mereka dapat hanya cetakan di belakang buku tulis dan lagu
patriotik? Itu semua abstrak dan simbolik, dan benda-benda abstrak ni memang
susah nak masuk kepala orang.
Sebaiknya untuk memastikan
orang-orang kebanyakan di Malaysia ni sedar dan fokus kepada Wawasan 2020, kerajaan
sepatutnya tumpukan kepada aspek-aspek konkrit Wawasan 2020 seperti yang aku
sentuh pada perenggan awal tadi, menang Hadiah Nobel, anjur Sukan Olimpik,
hantar angkasawan pakai roket Malaysia dan sebagainya. Semua ni benda yang
orang boleh nampak dan boleh bayangkan, dan ianya juga membangkitkan semangat kebangsaan
(national pride). Kerajaan seterusnya kena jelaskan yang benda-benda ni hanya boleh
tercapai kalau Malaysia jadi negara maju, dan untuk jadi negara maju, kita kena
ikut formula Wawasan 2020. Usaha ni boleh dicapai melalui media macam TV, filem
dan muzik, sebab itu saluran di mana kerajaan boleh mendekati rakyat dengan
mudah.
Masa kerajaan hantar
angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) 3 tahun lepas, semangat
kebangsaan tu memang timbul dari hampir segenap lapisan rakyat Malaysia. Kalau
ada yang menentang pun, masa tengok bendera Malaysia kat roket Soyuz tu dan pelancaran
roket tu pun terkedu gak seketika dek kerana semangat kebangsaan. Itu baru naik
roket Russia, kalau hantar angkasawan Malaysia naik roket Malaysia, apatah
lagi! Tapi demi untuk merealisasikan hasrat tu, kita mestilah dah sampai tahap
negara maju, dan kalau nak sampai tahap negara maju, kita kena realisasikan
pelan yang terkandung dalam Wawasan 2020.
Kalau nak didik orang
banyak, kena berfikir macam orang banyak. Capture their
imagination,
bukan lambakkan prinsip-prinsip yang abstrak dan tak bermakna dan suruh mereka
telan. Masyarakat Malaysia ada lebih banyak perkara berkaitan
kemandirian sehari-hari (daytoday survival) yang mereka perlu ambil
tahu daripada abstraksi Wawasan 2020. Jadi jika mereka yang terlibat dengan pelaksanaan
Wawasan 2020 ni masih berfikir macam eksekutif dan birokrat dan tak peduli
samada masyarakat ni faham ke tidak Wawasan 2020, sampai tahun 2020 pun orang
takkan ambil tahu tentang Wawasan 2020 dan Malaysia tak jadi negara maju. Baru
padan muka.
Daripada kita dok sibuk
kisah pasal ahli politik anu main bontot si anu, si polan sumpah laknat si
polan; Cina, Melayu dan India bercakaran, baik kita fokus kepada perkara yang
akan membawa manfaat kepada negara. Walaupun John F. Kennedy cakap “jangan persoalkan apa negara bagi kepada kamu”, bagi aku, kalau kita
bercakap tentang Wawasan 2020 dan mencapai taraf negara maju, kita patut
persoalkan apa yang kerajaan patut bagi tahu kat kita.
P/s: Anda tahu apa itu Wawasan 2020?
Wednesday, June 30, 2010
How To Leave A Room Like A Respectable Man/Woman?
I always watched people
taking a lot of time when they were leaving a social function, both formal and
informal. They've stated their desire to leave, but at the very last second,
they launch into another round of conversation or another nibble of the food or
a sip of the drink. Some people even resume conversation after they've shaken hands and
are heading to the door.
I used to believe that
delaying your leave of a function is a sign of courtesy to the host, but the
negative effects often outweigh the benefits. I've watched my parents argue
countless times because one person would take a long time in taking their leave
of a function, while the other waited furiously in the car. I bet this happens
to a lot of other couples as well, and this habit could cause a weak marriage
to collapse.
I've seen people missing
their homeward transport because they were still talking or eating even though
they were supposed to wait at the bus stop 30 minutes ago. Then they had to
inconvenience other people into picking them up or begging the host for a place
to stay the night. That's definitely not a good example of guest etiquette.
People who have a lot of
functions to attend in a day cannot afford to dillydally in leaving, yet a lot
of people do this exact thing and end up not attending the last or farthest functions.
This tarnishes their social reputation; yet they wonder why people aren't
coming to their functions. At worst, delaying your leave of a function
can kill you; if you need to spend hours driving back home after attending a
function, delaying your leave will result in you driving in a tired state and
increases the risk of traffic collision.
Finally, delaying your
departure from a function is a waste of your time. The way I see it, you
should leave on time today so you can socialize again tomorrow.
Brent and Kate McKay over
at the Art of Manliness wrote a very exceptional post on how to leave aroom like a man. However, I believe that women should read the post too and
learn how to exit a room without dillydallying as I've seen a lot of women do
just that. Hopefully the reader, man or woman, will gain something out of it.
Thanks for reading
Botak
Tuesday, June 22, 2010
Boleh Terima Ke?
Adapun aku terbaca di surat
khabar tentang rancangan kerajaan nak memajukan sektor pendidikan tinggi di
Malaysia dalam usaha menarik lebih ramai pelajar-pelajar asing datang untuk
meneruskan pengajian di peringkat IPT.
Walaupun prasarana
pendidikan tinggi Malaysia mungkin akan dimajukan sampai bertaraf dunia
sehingga Negara-negara luar (khususnya dari Timur Tengah dan Afrika) sedia nak
menghantar pelajar mereka ke Malaysia, macam mana dengan penerimaan masyarakat
umum berkenaan kehadiran pelajar-pelajar asing ni? Adakah mereka dah sedia nak
bergesel bahu dengan orang-orang Arab dan Afrika tanpa perasaan negatif berbaur
perkauman?
Boleh ke masyarakat
Malaysia menerima kebanjiran pelajar dari Timur Tengah dan Afrika semudah itu?
Mungkin majalah-majalah tabloid (cth: M****ka) dan ruangan pojok surat khabar
akan mensensasikan fenomena ni sebagai satu ancaman. Tengok saja reaksi kita
kepada kebanjiran tenaga buruh asing dari Indonesia, Bangladesh dan Nepal.
Tambahan lagi kita masih dibelenggu oleh mentaliti perkauman yang melihat
tinggi kepada orang berkulit putih dan sebaliknya kepada orang berkulit gelap.
Macam la kita ni berkulit pelangi.
Aku pernah terbaca satu
laporan akhbar Malaysia tentang beberapa pelajar asing dari Afrika yang
dibelasah oleh orang tempatan atas tuduhan mengintai anak dara. Laporan tu tak
pernah ada follow up dan siasatan lanjut tak pernah diadakan, kes tu
hilang begitu saja. Nampaknya tak ada siapa yang menghiraukan nasib
pelajar-pelajar yang dibelasah tu. Kalau kes tu terjadi di Eropah, dah lama ada
siasatan polis dan haru-biru di media tentang layanan buruk terhadap pelajar
asing.
Universiti bertaraf dunia
je tak cukup kalau mentaliti masih bersalut perkauman.
Wednesday, June 16, 2010
Jawab Kertas Sejarah?
Kebelakangan ni banyak
seruan dari ahli politik dan orang perseorangan kearah merombak kembali subjek
Sejarah yang diajar di sekolah, samada dari segi pengajaran atau pentaksiran,
kerana menurut mereka ni terdapat ancaman dari sebilangan pihak yang buat suka
hati mak bapak diorang je tanpa memahami latar belakang sejarah negara.
Aku tak ambik pot siapa
"sebilangan" pihak yang dimaksudkan tu, siapa yang patut diajar
Sejarah, atau apa jenis sejarah yang patut diajar. Sejarah bukan sesuatu yang
objektif; bak kata Winston Churchill, sejarah ditulis oleh pihak yang menang.
Adolf Hitler pulak berkata, sejarah yang "betul" untuk satu-satu negara
sama harganya dengan 100 ketumbukan tentera. Jadi siapa tahu apa itu sejarah
yang "betul"?
Tapi itu bukan fokus aku.
Apa yang aku nak cakap ialah bagi memupuk minat murid terhadap subjek Sejarah,
diorang sepatutnya diajar sejarah alternatif. Dalam kata lain, diorang
sepatutnya diajar berfikir tentang macam mana kehidupan diorang akan berubah jika
satu-satu peristiwa dalam sejarah Negara (atau dunia) tak berlaku atau berlaku
dengan cara yang lain daripada yang tercatat dalam sejarah. Dan sejarah alternatif
sepatutnya dijadikan bahan untuk peperiksaan Sejarah, daripada kita memaksa
murid muntahkan balik semua fakta-fakta yang diorang dengar tapi tak faham
sepatah haram pun.
Aku bagi contoh PerangDunia Kedua (1939-1945). Pada masa tu Malaya di bawah jajahan Empayar British.
Jerman Nazi berhasil menakluk sebahagian besar benua Eropah dan sedang berperang
dengan Britain. Pada masa yang sama, Jepun berjaya mengawal sebahagian besar
Asia Tenggara, termasuk Malaya.
Soalan peperiksaan:
Andaikan Britain kalah dalam peperangan menentang Jerman Nazi pada 1940. Ceritakan
apa yang bakal berlaku kepada Malaya selepas itu?
Jawapan: Britain berada di
bawah jajahan Jerman Nazi, dan Adolf Hitler kini mempunyai kekuatan tentera
yang cukup untuk mengalahkan Amerika Syarikat. Oleh kerana situasi di Eropah
semakin mendesak, ketumbukan tentera laut AS di Asia terpaksa dialihkan ke Lautan
Atlantik. Ini membolehkan Jepun menguatkan asas pemerintahannya di Malaya dan
kawasan sekitar...
Tak payah cerita pasal
sejarah dunia pun takpe, ambik sejarah Malaysia pun dah cukup. Contohnya,
murid-murid disuruh berfikir apa akan jadi jika Dol Said menang ke atas British
dalam Perang Naning (1834) di Melaka. Atau apa yang akan terjadi jika British
menolak permohonan kemerdekaan yang dibawa oleh Tunku Abdul Rahman ke London
(1956) dan sebaliknya melancarkan perang merebut kembali Malaya seperti
Perancis dan Algeria.
Lebih kurang macam tu lah.
Sudah semestinya, untuk dapat markah yang tinggi, jawapan tu kena logik dan
menurut turutan peristiwa sejarah sebenar. Ini memaksa murid membaca dan
memahami tarikh, nama, tempat, peperangan, perjanjian dan segala macam lagi
lah. Bila diorang mengamalkan apa yang diorang baca, diorang senang nak ingat.
Dulu aku selalu terfikir kenapa aku perlu belajar Sejarah walhal aku takkan
guna segala fakta ni dalam kehidupan aku, aku cuma perlu hafal dan luahkan
dalam peperiksaan, tak payah berfikir pun. Jadi murid-murid harus disuruh
berfikir untuk mereka lebih ingat. Lagipun lebih senang nak menghayati Sejarah
kalau murid-murid sedar yang sejarah lampau sebenarnya mempengaruhi realiti kehidupan
diorang pada masa kini.
Jawapan bagi soalan
peperiksaan macam ni sepatutnya lebih subjektif (tak ada betul atau salah) dan
dinilai hanya berdasarkan logik dan pemahaman murid tentang fakta-fakta sejarah.
Lagipun seperti yang aku sentuh di perenggan kedua, mana ada sejarah yang
"betul". Sejarah tu subjektif sebab ia ditulis oleh pihak yang menang
atau yang berkuasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)





