Friday, January 6, 2017

Home » , , , » MUKA SURAT BARU

MUKA SURAT BARU


2010

Awal tahun 2010 dulu aku buat sebuah blog dengan nama Dilarang Melarang. Blog tu aku buat secantik yang boleh, simple sahaja, ringan dan sedap mata memandang (ikut selera aku). Menyentuh bab kandungan blog tu pula boleh dikatakan agak mengarut serta merapu yang kadang-kadang aku sendiri pun tak faham apa yang aku tuliskan, apatah lagi mereka-mereka yang membaca, lagilah tak faham!

2011 - 2013

Menjelang tahun 2011, rombakkan besar-besaran telah dilakukan. Kesemua entri terdahulu telah dibuang dan url blog telah diubah. Selain daripada tu tiada apa yang berubah, nama blog masih lagi sama. Menyentuh bab kandungan, boleh dikatakan menarik (syok sendiri) sebab setiap kali aku publish entri baru, pasti ada komen merapu yang ditinggalkan termasuklah spam. Walaupun aku publish gambar yang tidak berseni serta mempunyai kualiti yang rendah, mereka yang singgah pasti akan meninggalkan komen (komen tiada kaitan dengan gambar pun).

Suku ketiga 2013 - 2016

Tahun ni aku dah mula sibuk, daftar masuk universiti (dulu pun sama, boleh je uruskan blog), buat kerja sambilan (boleh cerita pasal ni kemudian), buat itu (apa benda?), buat ini (entahlah), tiada masa dibuatnya. Bila dah takde masa, blog ni aku tinggalkan terus. Kalaulah ada masa, blog ni pasti mendapat pembelaan yang sewajarnya.

2017

Setelah sekian lama menuntut ilmu, akhirnya ada tiga lagi subjek aku kantoi. Kenapalah aku ambil kursus yang susah, kalau ambil seni kulinari dulu tak pun beli je sijil, pasti dah habis sekarang ni! Tapi tulah, nak buat macam mana, itu semua takdir.

Memandagkan subjek pun tak banyak, elok aku hidupkan kembali blog ni. Tapi aku akan mulakannya daripada kosong. Nama blog aku kekalkan seperti biasa, url aku ubah dan kesemua entri aku padam. Untuk blog baru ni, akan ada banyak entri bergambar dan sedikit entri dalam bentuk penulisan. Selain daripada tu aku akan publish semula entri lama yang aku rasa ada nilai-nilai komersial (padahal rasa malas dah nak memerah otak). Mungkin ada pembaca yang belum membacanya lagi! Bagi pembaca yang dah membaca entri lama tersebut, apa salahnya membaca buat kali kedua atau lebih. Ianya pasti menggamit memori anda.

Untuk entri bergambar, gambar tersebut ditangkap menggunakan apa yang aku ada masa tu. Kalau waktu tu ada DSLR kat tangan, aku guna DSLR. Kalau ada GoPro, aku guna GoPro. Kalau ada mirrorless, aku guna mirrorless. Tapi aku jangkakan, kebanyakkannya daripada smartphone, sebab mudah, sentiasa di poket. Tuan-tuan dan puan-puan jangan khuatir, kualiti imej yang dihasilkan smartphone sekarang ni bolehlah diterima, takdelah teruk sangat.

Cukup takat ni jelah, selebihnya aku cerita pada entri akan datang. Jadi, teruskanlah berkunjung ke blog ini untuk santapan rohani anda.

Sekian. 

2 comments:

E'in said...

selamat kembali laa encik! haha

Mime MF said...

semoga terus rajin berblogging + bertambah maju..HAHA doakan saya rajin jugak berblogging tahun 2017 T_T